Setengah bulan bukanlah satu tempoh yang lama. Namun demikian, setakat yang Wu Mu tahu, pertemuannya dengan seorang Pertapa yang berminat dalam mengkaji totem merupakan satu tempoh yang menyeksakan baginya. Daripada darahnya kepada tulangnya, daripada cacah totemnya kepada teknik-tekniknya, seluruh tubuhnya berada di bawah kawalan Meng Hao.
Meng Hao semakin yakin dalam mencipta Roh Pertumbuhan selepas dia mengkaji totem dengan lebih mendalam. Wu Mu seperti ditakdirkan untuk membantu Meng Hao memahami cara untuk menggabungkan Ilmu Kimia Tao dengan teras Pertapaannya. Pada hujung bulan itu, Wu Mu tidak dapat mengajar apa-apa ilmu baharu lagi kepadanya, jadi daripada membiarkan Wu Mu membuat kacau, Meng Hao pun membebaskannya.
Sebelum dia beredar dari situ, Wu Mu melihat Meng Hao sambil terketar-ketar. Dia bersumpah dia tidak mahu bertemu dengan lelaki ini lagi, kemudian dia berlari dari situ dengan sepantas mungkin.