Mata Meng Hao bersinar sewaktu dia melihat Yan Song lenyap. Dia menghulurkan tangannya untuk mengambil manuskrip kayu yang sedang terapung di hadapannya, kemudian dia berpusing ke belakang dan beredar dari tempat itu.
Dia tidak begitu mempercayai lelaki itu, jadi dia telah menggunakan Klon Qi Syaitannya untuk bertemu dengan Yan Song.
Sebenarnya, Yan Song juga takut akan Meng Hao disebabkan oleh Baluarti Berduri ini. Oleh itu, dia juga menggunakan kaedah yang lain untuk bertemu dengannya dan tidak datang ke sini dengan menggunakan rupanya yang sebenar.
"Memandangkan aku dan dia tidak mempercayai antara satu sama lain, mengapa dia ajak aku sekali…?" Meng Hao berkata di dalam hatinya semasa dia berjalan keluar dari tempat itu. "Sebenarnya, tiada permusuhan pun yang wujud antara kami berdua, jadi mengapa dia bersusah payah untuk mencuba menipu aku? Mungkin ada sedikit kebenaran di sebalik kata-katanya tadi?"