Chereads / AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 364 - Bahan Asas Terakhir!

Chapter 364 - Bahan Asas Terakhir!

Riak wajah Meng Hao kelihatan tenang apabila dia mula menggunakan Serapah Kesaktian Ilmu Kimia Tao. Tiba-tiba, api di atas telapak tangannya dibelah menjadi dua. Pil-pil perubatan di dalam tubuhnya berubah-ubah. Dia mula membuat beberapa pembetulan dan semasa dia melakukannya, relau pil itu mula bertukar menjadi warna merah.

Mata Meng Hao bersinar apabila dia mengulangi gerak tangan bagi serapah itu sebelum dia menghentakkan tangannya di atas relau pil itu. Setiap kali tangannya menyentuh relau itu, relau itu akan bergegar dan bunyi retak dapat didengari dari dalam. Kemudian, aroma ubat mula tersebar ke udara. Anehnya, orang lain tidak boleh menghidu aroma itu!

Aroma itu melayang-layang di hadapan mereka, tetapi mereka tidak boleh menghidunya! Fenomena yang aneh ini menyebabkan raut wajah para Pertapa di situ berubah. Empat Orang Lama itu juga memandang Meng Hao dengan mata yang terbeliak luas.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS