Chereads / AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 359 - Zhou Dekun dan Meng Hao

Chapter 359 - Zhou Dekun dan Meng Hao

Hanxue Shan baru sahaja mahu membuka mulut untuk bersuara, tetapi setelah melihat riak wajah Meng Hao, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu dan terbit perasaan kasihan dalam dirinya.

Dia mengeluh sambil berfikir, "Dia tersenyum seolah-olah tiada apa-apa, tetapi aku tahu yang dia cuba melindungi perasaan dengkinya pada Grandmaster Kawah Pil. Nampak sangat!" Kemudian, dia teringat yang dia telah diselamatkan oleh Meng Hao sebanyak dua kali dan dia bukannya selalu menyakitkan hati. Malah, ada babak daripada medan pertarungan itu yang sentiasa bermain di fikirannya.

Tiba-tiba, hatinya kembali lembut.

Setelah dia teringat kata-kata dan perawakan Meng Hao tadi, dia tersedar yang dia sebenarnya telah memalukan Meng Hao sedikit sehingga Meng Hao bertindak balas sedemikian rupa. "Janganlah kecewa," dia cuba menenangkan Meng Hao. "Bakat seperti Grandmaster Kawah Pil jarang didapati di dunia ini. Jangan putus semangat."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS