Chereads / AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 346 - Siapa Kau?!

Chapter 346 - Siapa Kau?!

Meng Hao merenung tajam pada Formasi Pedang Teratai. Ia berasal daripada buku kecil tiga halaman yang diperoleh ketika menipu ratusan Pertapa yang mengejarnya. Tentang identiti pemilik asalnya, dia tidak tahu.

Namun, buku kecil itu telah memberi Meng Hao rasa makrifat yang cukup besar. Sebelum ini, dia tidak pernah sedar yang pedang… dapat disusun dalam formasi!

Penelitiannya dalam beberapa hari sebelum ini bukan mengenai totem dan botol kecil yang merupakan warisan daripada Gunung Keempat sahaja. Dia juga menghabiskan banyak masa mempelajari formasi pedang. Buku kecil dengan tiga halaman itu tidak mengandungi sebarang tulisan, yang ada hanyalah ilustrasi. Itu sahaja yang ada, tak kiralah ada yang faham atau tidak.

Meng Hao tidak begitu memahaminya, tetapi berdasarkan apa yang dia lakukan, dia mampu membentuk teratai yang dia miliki sekarang. Meskipun begitu, formasi pedang itu mampu memancarkan kekuatan yang mengejutkan.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS