Meng Hao duduk bersila dalam Gua Dewa sambil jari-jemari tangan kanannya menyentuh tanah dan matanya tertutup. Deria Rohaninya pada ketika ini telah bersatu dengan Qi Syaitan gunung. Kini, jangkauan Deria Rohaninya bukan sekadar lebih meluas, tetapi ia mampu membentuk Penjelmaan yang lebih kuat daripada sebelum ini.
Luo Chong dari Tanah Hitam dan wanita dari Gurun Barat berada tepat di hadapan penglihatan Meng Hao. Dunia di depannya kabur, sama ada udara atau tanah, bagaikan ia lokasi lain.
Luo Chong dan empat orang yang lain juga kelihatan beriak dan kabur. Namun, wanita cantik itu kelihatan sangat jelas sebaik sahaja rama-rama berterbangan.
Meng Hao menatapnya dan pada masa yang sama, dia juga memandang Meng Hao.
Bagi wanita itu, Meng Hao tidak muncul sebagai gambaran seseorang, melainkan gunung yang kabur!