"TAK GUNA!" teriak wanita muda itu. Dia sangat cantik dan penampilannya sebelum serangannya tadi memukau dan lemah lembut. Walau bagaimanapun, tindakannya meletup bak seekor naga.
Kini, teriakannya diisi dengan kuasa mujarab dan aura yang seakan-akan menyatakan dialah orang yang paling penting di dunia. Melihat keadaannya seperti itu membuatkan Meng Hao kaku, dia tidak pernah melihat seorang wanita berkelakuan sedemikian.
"TAK GUNA!" laungnya. Dia menggenggam tangan kanannya lalu mengepal penumbuk dan menumbuk pada tanah. Tidak banyak tanah di situ dan tumbukannya menyebabkan tanah itu hancur berderai.
"Kenapa ia tidak hitam?"
BOOM!
"Mengapa ia tidak merah?"
BAM!
"Kenapa ia tidak ungu?"
Dengan setiap ayat, dia dengan ganas menumbuh-numbuk pada tanah di sekeliling Meng Hao, menyebabkan tanah mula terurai. Tidak lama kemudian, hanya kawasan di bawah tapak kakinya sahaja yang tinggal.