Pada detik Ji Hongdong mati, sesuatu berlaku di seberang Laut Bima Sakti, di sempadan Tanah Timur yang luas, di puncak gunung putih. Gunung itu tidak bersalji namun ceracak yang terbentuk di dalamnya berwarna putih sepenuhnya, tidak kelihatan sebarang cela atau noda.
Di Tanah Timur, tempat ini dipanggil Gunung Putih.
Di atas Gunung Putih terdapat sebuah empangan. Ia sungguh dalam, menurut legenda, air di dalamnya mencapai kedalaman hingga separas setinggi gunung.
Duduk di sebelah empangan itu adalah seorang tua, wajahnya tidak berperasaan, dia sedang memegang joran. Tali pancing mengalir turun ke empangan dan ketika itu, dia tidak bergerak.
Tiba-tiba tali pancing tersangkut. Riak orang tua itu tidak berubah, dia cuma menarik sahaja dengan tangan kanannya. Sebuah jeritan kesengsaraan yang pelik lantang kedengaran saat tali pancing ditarik keluar. Tersangkut di hujungnya adalah sebuah titisan cahaya.