Chereads / AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 288 - Pic Mekar

Chapter 288 - Pic Mekar

Gunung itu menghilang. Jauh, nun di sana, bayang gunung hampir tidak lagi kelihatan.

Awan, tidak lagi biru. Sebaliknya ia merah menyala seperti api kerana kini telah senja.

Senja itu membawa bersamanya sinar berbalam mentari jatuh, menyelimuti seluruh kawasan daerah kecil itu. Dinding yang memagar kota itu telah wujud bertahun-tahun, nyata berlatarbelakangkan kepurbaan. Ia diselaputi noda dan tompokan, membuktikan peredaran masa yang telah berlalu.

Di atas dinding tersebut, beberapa orang pengawal sedang mengawasi. Sekali sekala suara halus mereka berbual dan tertawa terdengar hingga ke rumah pelacuran di bawah. Ada gadis baru di situ, ketawa mereka mengandungi usikan tentang jangkaan kecantikan yang baru tiba itu.

Kereta kuda berbaris untuk masuk melepasi pagar kota; di atas setiap kereta kuda itu duduk seorang pemandu yang sibuk memegang cambuk dan menunjuk arah ke arah kudanya ketika mereka perlahan-lahan menuju ke pusat ibu kota.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS