Chereads / AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 265 - Keluar daripada Pengasingan!

Chapter 265 - Keluar daripada Pengasingan!

Selepas beberapa lama masa berlalu, dengan perlahan, aura yang menyusup keluar dari tubuh Meng Hao semakin berkurangan. Akhirnya, dia membuka matanya. Anak matanya nampak normal namun jauh di dalam rehatnya, terdapat sesuatu yang amat mengejutkan. Ia bagaikan kolam air yang dalam, atau seperti langit malam berbintang tanpa sempadan. 

Meng Hao menarik nafas dalam. Dalam tubuhnya, lapan Tiang Tao-nya bersinar dengan aura ungu. Kesemuanya berputar, mengeluarkan kuasa rohani ke seluruh badannya yang mana, jauh mengatasi kuasanya sebelum ini. 

"Ia masih tidak mencukupi." Fikirnya. "Namun ini yang terbaik dapat aku lakukan buat masa ini. Lapan Tiang Tao. Aku belum bersedia untuk melepasi saat kritikal untuk Tiang Tao terakhir." Bukannya dia tidak mempunyai pil perubatan mencukupi. Atas beberapa sebab, dia mempunyai perasaan aneh yang menyatakan Tiang Tao kesembilan tiada kena-mengena dengan pil perubatan. 

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS