Salah sebuah lembah di dalam Divisyen Pil Timur digelar Lembah Hari Kimia. Dua puluh ribu orang berkumpul, duduk dalam separa bulatan mengelilingi sebuah platform yang tinggi.
Di sini merupakan satu daripada tiga lokasi di mana Tuan Relau akan memberi kuliah tentang ilmu kimia. Suatu ketika dahulu, sewaktu Meng Hao masih lagi seorang perantis ahli kimia, dia kerap pergi ketiga-tiga tempat tersebut untuk mendengar syarahan tentang pil perubatan, pokok-pokok dan tumbuhan. Manfaat yang diperolehinya sangat ketara.
Selain tiga lembah ini, terdapat juga sepuluh lembah lain di mana pakar ahli kimia akan memberikan kuliah mereka. Disebabkan inilah Meng Hao sering merasakan seolah-olah Divisyen Pil Timur ini bukannya sebuah Sekta sebaliknya lebih kepada sebuah institusi pengajian tinggi. Wujud tiga belas lembah tempat di mana pakar ahli kimia atau Tuan Relau akan hadir untuk mengajar, bukan kerana mereka diharuskan berbuat demikian sebaliknya, mereka mahu berbuat demikian.