Masa beredar. Dua bulan telah berlalu. Meng Hao masih tinggal di Bahagian Satu Lembah Satu. Namun, dia tidak lagi ditempatkan bersebelahan anak sungai. Dia kini berada di atas puncak salah sebuah gunung yang membentuk lembah, dengan laluan sempit untuk menuju ke puncak, di mana terletaknya Gua Dewa.
Awan berarak melewati pintu batunya yang berwarna hijau. Sekiranya berdiri di situ, seseorang akan dapat melihat keseluruhan lembah di bawah. Kuasa rohani di sekitar juga lebih tebal dan di dalam gunung itu sendiri terdapatnya unsur api.
Ini adalah Gua Dewa yang telah dianugerahkan kepada Meng Hao selepas dia dinaikkan pangkat ke pakar ahli kimia.