Pertapa Pertumbuhan Roh Puak Wang menoleh dan menatap Si Aneh Song. Meng Hao terus melangkah menuju ke arah Wang Tengfei yang sedang mundur. Dia mengangkat tangannya dan meraih jari telunjuk Wang Tengfei.
"Jadi, inilah jari yang aku hancurkan hari itu," katanya dengan dingin. Mata Wang Tengfei berkedip penuh kebencian juga dengan kejutan yang tidak menyenangkan.
Dia telah menghasilkan jari beracun ini dengan bermati-matian. Dia boleh sahaja menerima jari yang biasa tetapi dia nekad dengan penuh ketekunan dan sanggup menanggung kesakitan untuk menumbuhkan jari yang beracun ini.
Menurut perkiraannya, itu ialah metamorfosis. Dia telah mencapai kesimpulan ini dalam makrifat yang sangat singkat; dia akan menerima kekalahannya dan mengubah ia menjadi kemenangan yang cemerlang.
Kesakitan itu tidak terperi seksanya, tetapi dia telah melepasinya lalu terciptalah jari beracun itu yang dianggap sebagai suatu khazanah berharga buat dirinya.