Chereads / AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 158 - Wujud bersama Ji?

Chapter 158 - Wujud bersama Ji?

Han Bei menarik nafas panjang, perasaan teruja terpancar di wajahnya. Dia mengangkat tangan kanannya dan sebuah jed purba berbentuk sabit melayang keluar. Jed itu berwarna hijau pekat, hampir kehitaman dan rupa bentuk luarannya sungguh luar biasa. Jed itu bukanlah sebuah objek yang biasanya dipegang di dalam tangan seseorang, tetapi lebih kepada sesuatu yang kelihatan seperti sepatutnya ditanam jauh ke dalam makam purba, tanpa disinari cahaya. Warnanya seakan-akan terhasil kerana terlalu banyak menyerap aura kematian yang jahat.

Jed sabit itu melayang keluar dan kemudian secara mengejut, memancarkan cahaya terang menyelubungi segala-gala yang ada di sekelilingnya. Cahaya itu beriak-riak sewaktu meluru ke arah rekahan pada permukaan kawah besar itu dan kemudian masuk ke dalamnya.

"Di sinilah beradanya dua jilid terakhir Masa Klasik!" kata Han Bei. Dia terbang ke hadapan, diikuti oleh Xie Jie, wanita bernama Li, Xu Youdao dan lelaki berjubah kelabu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS