Astaka ini senyap sepenuhnya. Kematian Xu berlaku dengan cepat dan bersih lalu menyebabkan mata Lu Tao mengecil. Ketakutan memenuhi hatinya apabila dia melihat Meng Hao yang sedang duduk di sana, kelihatan cukup bermaruah.
Bukan dia seorang sahaja. Wanita yang berpakaian kemas itu turut memberikan Meng Hao pandangan yang tajam dan dalam hatinya, dia menyedari ini bukan seseorang yang boleh diprovokasi.
Lelaki pertengahan umur dengan sebotol arak berhenti minum seketika; matanya mengecil dan dipenuhi dengan pandangan yang tajam. Pertapa peringkat Pengukuhan Asas yang menyamar itu perlahan-lahan mengangkat kepalanya untuk melihat Meng Hao. Perasaan teragak-agak seolah-olah membuak-buak di hatinya apabila dia cuba untuk menganalisis asas Petapaan Meng Hao.
Bagi wanita yang menyamar itu pula, dia memandang Meng Hao seketika dan kemudian dia melarikan pandangannya.