Ketika dunia di sekelilingnya hancur, Meng Hao merasakan suatu gelombang tenaga rohani meluncur keluar, mengelilingi diri dan anak anjingnya. Dia menarik nafas dalam-dalam dan segera memutar asas Pertapaanya lantas menyerap tenaga rohani yang banyak.
Tenaga rohani tebal di sini, lebih tebal berbanding di matriks pertama. Dia rasa jika dia dapat berlatih Pertapaan di sini sebentar, dia tidak memerlukan apa-apa pil penyembuh untuk membentuk Tiang Tao-nya yang kedua.
Malangnya, setelah menyerap tenaga rohani, sebahagian daripadanya meresap keluar melalui rekahan Tiang Tao. Jika tidak, Meng Hao yakin dalam masa yang singkat, dia pasti dapat mengukuhkan Tiang Tao-nya yang kedua.
"Asas yang Sempurna…" Satu kilauan harapan kelihatan di matanya.