Sebuah cangkerang konc berumur seribu tahun dari Laut Bima Sakti mampu memanjangkan usia seorang Pertapa. Umur yang panjang adalah tidak ternilai dan penting bagi sesiapa pun. Ia adalah satu kedahagaan yang terbit daripada rohani itu sendiri.
Terutama sekali bagi para Pertapa dan lebih-lebih lagi untuk mereka yang sudah berada di penghujung nyawa mereka. Demi menambah separuh kitaran enam puluh tahun pada nyawa mereka, mereka sanggup membayar apa-apa sahaja.
Malah, suasana mula menjadi hingar-bingar kerana ini adalah benda pertama yang dilelongkan. Orang ramai mula menawarkan bidaan mereka dengan serta-merta dari lingkaran tempat duduk peribadi di keliling tingkat atas dan juga dari kawasan yang sesak dengan hampir seribu orang di bahagian bawah. Harga yang ditawarkan untuk cangkerang konc ribuan tahun itu menjadi semakin tinggi sehingga mencapai ke satu tahap yang menimbulkan kerisauan Meng Hao.