Chereads / AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 94 - Kamu Betul-Betul Mahu Aku Keluar?

Chapter 94 - Kamu Betul-Betul Mahu Aku Keluar?

Kedengaran satu letupan yang luar biasa daripada tangan besar tersebut ketika pancaran merah yang bersinar memotongnya. Letupan itu bermula di ruang antara jari tengah dan jari manis, kemudian luka besar muncul lalu membelahnya menjadi dua.

Satu tetakan diberi dan tangan itu menjadi parah.

"Kamu!!!" teriak Kalam Dewa. Wajahnya mengherot dan dia mengangkat kepalanya dengan mata yang menyala.

Letupan yang menggegarkan tadi bergema di seluruh negeri. Tangan raksasa selebar puluhan ribu kilometer itu yang menutup pandangan Meng Hao tadi, memayungi seluruh negeri. Tetapi dalam sekelip mata, satu jurang muncul dan tiba-tiba Meng Hao dapat melihat langit.

Tangan itu terpotong menjadi dua bahagian, setiap satu terpelanting ke atas tanah di sebelah Meng Hao.

Tanah bergegar dan mula tenggelam. Gunung-ganang hancur. Semua makhluk liar di kawasan itu yang tidak dapat melarikan diri terus menjadi abu dalam sekelip mata.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS