Setengah bulan masa berlalu.
Xu Qing belum kembali.
Meng Hao terbaring diselubungi kedinginan dan kesunyian. Dia belum reput dan tidak akan reput dalam masa singkat. Tubuhnya terbaring di situ, tanpa ada kuasa hayat.
Dia sudah mati.
Sepatutunya, rohnya memasuki kitaran penjelmaan semula. Bagaimanapun, disebabkan Batu Lod Gunung Kesembilan dan Laut wujud di dalam Gua Kelahiran Semula, rohnya dikunci dan tidak dapat keluar. Tambahan pula, rohnya tidak meninggalkan badannya, menghalang entiti pemakan roh daripada melakukan sesuatu kepadanya selain melihatnya sahaja.
Sedang masa berlalu, mereka dapat lihat di dalam tubuh Meng Hao ada seutas sutera membaluti rohnya.
Selagi sutera itu tidak terlerai, ulatnya tidak akan musnah. Selagi ulat itu tidak musnah, sutera itu tidak akan terlerai.