Chereads / AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 605 - Anima Kelapan!

Chapter 605 - Anima Kelapan!

Sebaik sahaja Meng Hao menuturkan kata-kata tersebut, bunyi ngauman memenuhi mindanya. Badannya bergetar dan udara di sekelilingnya berpintal dan dipenuhi dengan retakan. Semuanya kelam dan lubuk pusar yang tidak boleh dilihat terus muncul di sekelilingnya. Semasa ia berputar, ia menghasilkan ribut taufan yang besar.

Sebaik sahaja cemeti khayalan itu memukul pusaran ribut taufan tersebut, pukulan itu melantun kembali. Semua pasir dan kotoran terapung yang berada jauh di dalam pusaran tersebut, terapung di udara dan mula menyapu segala-gala di sekelilingnya. Bagi Bapa Huyan pula, wajahnya terus berubah dan dia berundur terhuyung-hayang beberapa langkah ke belakang.

Matanya dipenuhi dengan rasa bingung dan terperanjat, mindanya pula ligat berputar.

'Tak mungkin! Teknik sakti ini mempunyai Tujuh Anima. Bagaimana pula… Anima Kelapan muncul?!'

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS