Bulu harimau putih itu bersinar di bawah cahaya. Fizikal dan aura harimau itu berbeza dengan harimau yang dibesarkan dalam zoo dan sarkas. Harimau ini binatang buas yang ganas dan pembunuh yang dagahakan darah.
Namun, seutas tali leher kupu-kupu berwarna merah jambu telah diikat pada leher harimau putih besar itu yang telah memusnahkan seluruh imejnya.
Hmm, tali leher kupu-kupu ini pernah dilihat dan adegan ini yang pernah berlaku…
Xu Yi berdiri di tepi dengan lingkaran bawah mata yang tebal sambil mengelap peluhnya.
Untuk menyelesaikan tugasan ini, dia telah mencari sepanjang malam di atas gunung untuk harimau itu. Kemudian, dia juga perlu membahayakan nyawanya untuk mengikat tali leher kupu-kupu itu.
Sebaik sahaja Tang Tang ternampak harimau putih besar itu, perasaan teragak-agaknya telah bertukar kepada perasaan ingin tahu dan terkejut. Dia tidak pernah menyangka binatang peliharaan yang Mamanya katakan itu ialah harimau ini.