Bagaimana perasaan melihat lelaki lain memikat isteri anda sendiri dengan bunga dan kata-kata manis?
Perasaan yang Si Ye Han lalui ketika itu sangat susah digambarkan dengan kata-kata.
Anak kecil itu sedang bersandar kepada bahu Ye Wan Wan. "Mama… Mama akan tinggalkan Tang Tang ke nanti?"
Ye Wan Wan mengusut lembut rambut si kecil itu. "Mestilah Mama tak akan buat macam tu…"
Hati Ye Wan Wan tiba-tiba dipenuhi dengan emosi. Dia berasa sedikit resah kerana tiada satu pun benda ini miliknya.
Akan datang satu hari di mana Tang Tang akan menjumpai ibu kandungnya dan anak kecil itu tidak akan melayan dia seperti ini lagi…
'Oh! Aku boleh sorok dan besarkan dia seorang diri!'
Ye Wan Wan pernah mempertimbang kemungkinan itu…
Hari masih pagi dan keluarga bertiga itu duduk bersama di meja makan untuk sarapan.
Ye Wan Wan menongkat dagu dengan kedua-dua tangannya sambil merenung kepada pasangan ayah-anak itu dengan berpuas hati.