"Oh Tuhanku…"
Anak mata Gong Xu terus bulat membesar. Habislah. Wajahnya yang cantik. 'Tak malu betul! Tumbukan pertama dah tuju dekat muka aku!'
Ketika itu, Gong Xu teringat kepada sebuah janji. Abang Ye pernah berkata yang lelaki itu akan bertanggungjawab kepada kecantikan bak bunganya itu. Jika mukanya dihancurkan, Abang Ye pasti tidak mahukan dia lagi...
Sebaik sahaja Zhang Wei membuat pukulan pertamanya, perasaan teruja kelihatan dalam mata Jiao Jiao dan dia ketawa mengejek…
"Gong Xu!!!" jerit Ye Mu Fan dengan kuat.
Wajah Luo Chen terus berubah. Semua orang kelihatan terkejut dan takut.
Jika tumbukan ini mengenai sasarannya, filem mereka tidak akan dapat diselesaikan…
Penumbuk Zhang Wei satu inci lagi mengenai muka Gong Xu apabila bunyi tumbukan bersatu bergema di saat seterusnya.
Tapak tangan kecil gadis itu dilihat telah menahan tumbukan Zhang Wei di udara...
Mana… mungkin…