Pandangan Zhang Wei berubah gelap. "Ah, Tuan Muda Gong, jangan terburu-buru sangat. Mestilah saya tak lupa dekat awak!"
Hari ini, dia pasti akan membalas balik perasaan malu yang telah disebabkan oleh budak ini.
Ye Mu Fan memarahi lelaki itu, "Gong Xu! Siapa bagi awak keluar ke sini?!"
Gong Xu melempar jaketnya ke tepi. "Tak guna! Mereka dah pijak-pijak muka kita dan saya masih kena terus menyorok dekat dalam? Apa kata kita lawan sekarang?! Mari tumbuk aku! Mari tengok siapa takut dengan siapa?!"
Ye Mu Fan berasa sangat tertekan. Personaliti lelaki ini seperti bunga api. Sebaik sahaja ia dinyalakan, dia pasti akan meletup!
Ye Mu Fan mengetap giginya. "Abang Ye awak pesan dekat saya untuk minta awak duduk diam-diam dekat dalam dan jangan keluar!"
Gong Xu melihat kepada kekacauan di kawasan sekitar itu dan matanya berubah gelap. "Tak ada guna kalau awak sebut nama Abang Ye kali ni!"