Selepas mendengar kata-kata Cai Yong Sheng, pembantunya berasa tidak berdaya sebelum berkata, "Pengarah Cai, bersaing dengan Ye Bai tak perlu menjadi terlalu rumit. Semua orang dalam industri hiburan sekurang-kurangnya mesti ada beberapa hubungan. Ye Bai tak ada pengaruh atau tahu sesiapa dalam bandar ni. Dia sepatutnya hanya ada beberapa pengawal keselamatan sahaja bekerja untuk dia. Awak kena minta tolong daripada Orang Tua Tiga Zhang. Minta mereka cetuskan masalah dekat lokasi penggambaran Ye Bai supaya mereka tak boleh teruskan filem mereka…"
Cai Yong Sheng terus terdiam dan matanya bersinar.
'Boleh tahan idea ni! Kenapa aku tak pernah terfikir sebelum ni?!'
Walaupun mereka cuba menyiasat nanti, tiada siapa yang boleh mengaitkan perkara itu dengan dirinya.
"Tapi nak ke Orang Tua Tiga Zhang?" Cai Yong Sheng mengerutkan keningnya.