Apabila Ye Wan Wan terdengar perkataan "papa", hati kecilnya terharu.
'Wow, Tang Tang akhirnya panggil Si Ye Han "papa"!
'Kenapa aku rasa bangga sangat ni?!'
Apabila Lin Que menyaksikan suasana mesra dan bahagia mengelilingi keluarga bertiga itu, dia mula terfikir mengapa dia berada di situ.
'Aku ingat aku datang sini untuk berseronok...
'Supaya aku boleh tahu dari mana budak ni datang…?'
Lin Que sebenarnya mahu tahu perkara ini, sebab itu dia mengikut bersama. Tetapi sekarang, dia merasakan seperti dia tidak boleh bertanya soalan itu.
Ada perkara yang lebih penting sekarang. 'Abang ke-9, macam mana awak boleh pakai baju macam ni?!
'Imej awak dalam hati saya hampir hancur…'
Ye Wan Wan memandang kosong kepada riak wajah Lin Que yang berubah tanpa henti seperti lampu isyarat.
"Abang ke-9, dia memang anak awak ke?" Pandangan Lin Que beralih daripada pasangan ayah dan anak itu.