Wajah Si Ye Han tidak berubah. Dia seperti sudah menjangka perkara ini akan berlaku.
Jika Si Ming Li bekerja seorang diri, dia tidak akan begitu berani atau mempunyai kemampuan untuk mengumpul kekuatan dari luar negara.
Orang di hujung talian menyambung laporan. "Orang yang selamatkan Cik Wan Wan pula tidak dianggap orang yang mencurigakan hasil daripada siasatan kami. Dia sepatutnya pasukan bantuan untuk askar upahan Cik Wan Wan. Tuan, apa patut kita buat dengan Si Ming Li?"
Orang di hujung talian menunggu arahan seterusnya.
Si Ye Han mendiamkan diri untuk seketika dan akhirnya berkata, "Tolong saya siasat seseorang."
…
Selepas memutuskan talian, Si Ye Han berdiri di bawah langit malam dengan riak wajah yang berubah-rubah.
Sebelum dia pulang ke China, jabatan dalaman keluarga Si dalam keadaan huru-hara dengan pertikaian tanpa henti dan pergaduhan dalaman antara jabatan.