Nie Tang Xiao : "Awak memang Papa saya ke?"
Entah mengapa, apabila budak kecil itu bertanya soalan itu, suaranya kedengaran seperti bebanan dalam dirinya telah hilang.
Si Ye Han. "..."
Si Ye Han sendiri mahu tahu jawapan kepada soalan itu.
Selepas keluar dari pusat karaoke itu, Ye Wan Wan terus membuat panggilan kepada Han Xian Yu untuk mengucapkan terima kasih dan memberitahu dia perlu pulang dahulu kerana ada urusan penting. Dia juga meminta Tang Bin dan Song Qiang memandu pulang keretanya sebelum dia sendiri melangkah masuk ke dalam Cayenne Si Ye Han.
Sementara di dalam bilik VIP karaoke.
Han Xian Yu mengerutkan keningnya apabila dia memberitahu mereka yang lain, "Ye Bai ada urusan dia perlu selesaikan, jadi dia balik dulu."
Gong Xu baru sahaja berjaya menyelinap masuk semua ke dalam bilik itu dan wajahnya terus berubah pucat. "Apa, dia dah balik? Aduh, aduh, ada sesuatu yang buruk ke akan berlaku dekat Abang Ye?"