'Uh… Si… Ye Han…'
Ye Wan Wan menggosok matanya, tidak percaya kepada matanya sendiri!
"Si Ye Han…?"
'Bukan dia sepatutnya dekat luar negara ke? Malam semalam dia sendiri cakap dia akan balik esok…'
Pandangan Si Ye Han diarah tepat pada lengan Ye Wan Wan yang ketika itu masih dipegang oleh Gong Xu.
Gong Xu menggigil ketakutan. Bulu roma di seluruh badannya berdiri tegak.
'Oh? Bukan ni teman lelaki Abang Ye ke?
'Kenapa dia tiba-tiba muncul dekat sini?
'Kenapa… kenapa dia tenung aku macam tu…
'Apa salah aku…
'Aku pegang tangan dia je…
'Macam mana dengan sekali tenung macam tu buat aku rasa macam kena siat 10,000 kali…
'Aku budak-budak. Aku tak buat apa-apa pun…'