Chapter 960 - Gelap Hitam

'Kenapa Tang Tang tiba-tiba tanya aku soalan ni?'

Ye Wan Wan berasa pelik dan bertanya, "Kenapa Tang Tang? Awak… tak suka Abang jaket kuning tu ke?"

Riak wajah budak kecil itu berubah beberapa kali sebelum dia akhirnya mengeluh, "Tak, Tang Tang suka dia."

'Asalkan Mama suka dia, saya pun akan suka dia.'

Ye Wan Wan berasa curiga. 'Kenapa Tang Tang nampak macam… berat hati?'

Selepas Gong Xu selesai makan, dia berasa bosan dan mendesak untuk ke bar. Ye Wan bersama dengan kanak-kanak, jadi dia tidak boleh pergi. Dia meminta mereka semua pergi tanpanya.

Gong Xu sudah tentu keberatan dan terus menukar destinasi ke pusat karaoke.

Ye Wan Wan perasan Tang Tang seperti berminat mahu pergi, jadi mereka bersama-sama ke sana.

Di tingkat atas pusat karaoke.

Hanya ada sebuah bilik tempahan di tingkat atas yang tersorok dan peribadi, memastikan orang luar tidak sewenang-wenangnya masuk.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag