Nie Tang Xiao menelengkan kepalanya yang kecil sambil memerhati lelaki muda di hadapannya.
'Kesayangan…?
'Dia ke…?
'Aku dicipta oleh dia dan Mama ke?'
Lelaki ini memang anak didik Ye Wan Wan. Potensinya boleh tahan dan sikapnya sangat baik. Walaupun dia sudah menjadi artis di tahap A dengan peminat yang ramai, dia tidak pernah meninggi diri.
Selepas mendapat tahu budak kecil itu ialah anak saudara Ye Wan Wan, Luo Chen lantas berbual mesra dengan Nie Tang Xiao dan memberinya gula-gula.
Nie Tang Xiao melihat gula-gula dalam tangannya dan memandang kepada Mama kemudian kepada Luo Chen. Pasangan itu memang sangat serasi dan memahami satu sama lain semasa mereka berbincang tentang kerja dan skrip. Dia berfikir dengan mendalam.
Ketika itu, sepasang lagi derap kaki kedengaran dari luar pintu.