'Kesayangan…'
Apabila melihat perkataan ini, wajah Nie Tang Xiao berubah kaku.
Telefon bimbit itu terus berdering.
Nama pemanggil terus-menerus muncul di skrin telefon.
Di luar negara, di dalam sebuah sut hotel mewah.
Si Ye Han mengerutkan dahi sambil telefon bimbit ditekap pada telinganya.
Setiap kali dia menghubungi Ye Wan Wan, dia akan mengikut jadual gadis itu supaya mudah untuk Ye Wan Wan menjawab panggilannya dalam masa sesaat. Namun, tiada siapa yang menjawab kali ini.
Xu Yi sedang berdiri di sisi sambil membawa setimbun dokumen. Dia bertanya, "Kenapa Tuan ke-9? Cik Wan Wan tak jawab ke?"
Si Ye Han tidak menjawab dan memicit pangkal hidungnya. Kebelakangan ini, dia tidak boleh fokus dan terlalu jauh berfikir.
Xu Yi berkata dengan yakin, "Cik Wan Wan ada penggambaran hari ni. Saya rasa dia mesti dalam perjalanan ke sana. Mungkin dia tengah sibuk sekarang…"