"Siapa?" Seorang lelaki memakai anak baju dan seluar pendek besar membuka pintu dengan wajah mengantuk.
Selepas dia melihat orang di depan pintu adalah Si Xia, dia terkejut buat seketika. "Oh, Si Xia.."
Walaupun satu perkara biasa dalam asrama lelaki jika pelajar lain datang menjenguk, tetapi berdiri di hadapannya ialah lelaki idaman semua perempuan dan musuh ketat bagi lelaki lain. Selain itu, seperti ratu cantik sekolah, Cheng Xue, Si Xia jelas sekali bukan datang dari keluarga biasa. Tambahan pula, Si Xia selalu berseorangan, dia tidak selalu melepak dengan pelajar lain, jauh sekali datang menjenguk di tengah malam.
Jadi, apabila melihat Si Xia pada waktu begini, lelaki itu sudah tentu kehilangan kata-kata. "Awak perlukan sesuatu?"
"Saya nak jumpa Ling Dong," jawab Si Xia, ringkas.