Anak kecil itu meniru perbuatan ibunya dan membuat bentuk hati dengan sempurna.
"Ya, ya, ya, macam tu!" Ye Wan Wan terus mengambil telefon bimbitnya daripada Nie Tiada Nama dan mengambil gambar Tang Tang yang comel itu.
Nie Tiada Nama. "..."
Semburan Bunga. "..."
Si penganut Taoist. "..."
Warga asing pemindah bata. "..."
Lelaki dingin. "..."
Mereka boleh melihat secara langsung syaitan kecil membuat gaya comel dalam kehidupan mereka yang ini…
Selepas gambar itu diambil, Nie Tang Xiao mengetap bibirnya dan memandang Ye Wan Wan dengan mata yang bersinar terang.
Ye Wan Wan yang sedang mengagumi gambar comel itu perasan pandangan si kecil itu dan bertanya, "Kenapa Tang Tang?"
Nie Tang Xiao menggeleng kepalanya dan tidak berkata apa-apa.
Ye Wan Wan berfikir mengenainya dan cuba bertanya, "Oh, awak nak bergambar dengan Mama ke?"
Mata budak kecil itu terus bertenaga.
Ye Wan Wan ketawa kecil. "Mari sini!"