Ye Wan Wan berasa agak tidak berdaya. Dia sudah menjelaskan berulang kali, tetapi mengapa semua orang menganggap dia masih tidak boleh melupakan Gu Yue Ze?
Jika bukan kerana lelaki itu muncul sekali-sekala, Ye Wan Wan pasti sudah lupa siapa lelaki itu, okey?
Ye Mu Fan masih ragu-ragu. Dia pernah menjadi saksi betapa Ye Wan Wan terdesak dan terpikat dengan Gu Yue Ze sebelum ini.
Ye Wan Wan menjelaskan dengan tidak berdaya, "Betul, cita rasa saya tak seteruk itu…"
Ye Mu Fan kemudian bertanya, "Beritahu saya, awak nak kahwin dengan lelaki macam mana nanti?"
Ye Wan Wan menjawab dengan yakin, "Mestilah saya nak kahwin dengan teman lelaki saya!"
Ye Mu Fan menjeling gadis itu dengan marah. "Boleh serius sikit tak? Boleh tinggi sikit tak cita rasa awak tu? Beritahu saya, awak nak kahwin dengan lelaki macam mana! Tak kira siapa yang awak nak, Abang pasti akan tolong dapatkan dia!"