Apabila dia melihat bapa saudaranya yang berego tinggi dan dingin itu membongkok untuk mencium wajah Ye Wan Wan yang boleh mengundang mimpi ngeri…
Si Xia menggigil dan satu letupan bergema dalam fikirannya.
'Ini...
'Apa yang berlaku ni?
'Ye Wan Wan… Dengan Si Ye Han?'
Mereka berdua dari planet yang berbeza, dari ruang yang berlainan dan peringkat yang juga berbeza, tapi sekarang, mereka muncul bersama. Apatah lagi dalam hubungan dahsyat seperti ini.
'Mungkinkah ini teman lelaki yang Ye Wan Wan selalu sebut tu…'
Si Xia memenangkan diri dan terus memerhati adegan di bawah lampu jalan itu. Dia melihat lelaki itu telah berpaling pergi manakala Ye Wan Wan pula berjalan masuk ke asrama perempuan.
Si Xia merenung belakang Ye Wan Wan dan berdiri dalam gelap untuk jangka masa yang lama.
Kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengintai telefonnya sambil berjalan pulang ke asrama lelaki.