Liang Mei Xuan sangat terkejut. "Ayah, ini… macam mana Ayah boleh buat macam ni?!"
Ye Wan Wan berkata dengan bersahaja, "Atuk memang selalunya adil. Mak Cik nak persoalkan keputusan Atuk ke? Atau Mak Cik ingat Mak Cik boleh batalkan keputusan Atuk dalam keluarga ni?"
Liang Mei Xuan terlalu takut untuk menatap muka tegang Ye Hong Wei. "Ye Wan Wan, jangan cakap mengarut. Bila saya cakap macam tu? Maksud saya…"
Liang Mei Xuan dan Ye Shao An tidak akan sewenang-wenangnya menerima keputusan ini dengan mudah dan sudah tentu mahu membantah. Tetapi sayang, mereka sudah pun menetapkan peraturan semasa mereka mahu mencari pasal dengan Ye Mu Fan sebentar tadi. Jika mereka mengubah apa yang mereka kata sebentar tadi, ia sama seperti menjilat semula ludah mereka.