Chapter 938 - Pemenang Terbesar

Kata-kata Ye Wan Wan terus membuatkan seluruh keluarga Ye Shao An mati kutu.

Ye Hong Wei sejak dari awal lagi agak kecewa dengan sikap keluarga ini. Insiden ini telah menguatkan lagi perasaan tidak sedap hatinya kepada mereka.

Terdapat banyak masalah dengan cara Ye Shao An dan dua orang itu menyelesaikan situasi ini.

Liang Mei Xuan menjeling kepada Ye Wan Wan. "Budak macam kau apa tahu? Jangan menyampuk…"

Ye Wan Wan berdiri di sebelah Tuan Besar. "Atuk, saya memang tak tahu apa-apa, tapi saya boleh bezakan apa yang betul dan salah. Abang tak salah!"

Ye Hong Wei memandang cucu perempuan di sisinya dan wajah orang tua itu berubah lembut. "Baiklah. Wan Wan, Atuk tahu abang awak tak bersalah. Mu Fan, apa yang awak buat hari ni mengubah pandangan Atuk pada awak…"

Ye Hong Wei kemudian menoleh kepada Ye Shao An dengan pandangan dingin. "Shao An, awak tahu apa kesilapan awak?"

Wajah Ye Shao An berubah kaku. "Saya…"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS