Walaupun dia ada kemahiran telepati atau ingatan yang kuat, mustahil untuk Xu Lin menulis skrip yang sama…
Maknanya ada satu sahaja penjelasan yang tinggal : Xu Lin telah menipu Tan Zhen Xin dan skrip itu sebenarnya telah lama siap. Dia juga selangkah lebih ke hadapan dan mengeposnya ke dalam talian.
Dia… dia telah jatuh ke dalam perangkap Xu Lin!
Wartawan terkejut dengan berita itu dan suasana mula berubah kecoh.
Media Zaman Dewa tidak mencuri skrip itu. Tetapi sebenarnya Maharaja Langit yang mencurinya?
Semua wartawan terus mengerumuni Tan Zhen Xin.
Wartawan : "Cikgu Tan, ada apa-apa awak nak cakap berikutan bukti yang Encik Ye sediakan?"
Tan Zhen Xin : "Saya… saya salah ingat… sebenarnya saya dah lama siapkan skrip ni!"
Wartawan : "Tapi awak cakap skrip ni siap 3 bulan lepas, malah Cik Yi Yi sendiri yang jadi saksi awak?"
Wartawan : "Awak curi hasil kerja Xu Lin dan tipu kami ke?"