Chapter 935 - Jauh Melencong

Lebih lama Ye Yi Yi mendengar semua ini, dia lebih berasa tidak sedap hati.

'Apa yang Ye Mu Fan buat?'

Liang Mei Xuan menyilangkan lengannya dan mengeluh, "Budak ni memang pandai bercakap! Dia masih cuba ubah tajuk! Saya nak tengok sejauh mana dia nak leretkan benda ni…"

Ye Shao An berkata kepada Ye Hong Wei dengan wajah sugul, "Ayah, Mu Fan ni sama dengan ayah dia. Selalu buat sesuatu untuk bahayakan syarikat dan kepentingan keluarga. Ayah tak percaya dekat saya masa saya cakap dia curi dokumen sulit syarikat. Kali ni, dia curi skrip syarikat pula. Ayah percaya tak saya kali ni?"

Liang Mei Xuan menambah, "Ayah, Ibu, perkara ini sangat serius. Kamu berdua tak boleh lagi berlembut hati. Kalau tak, apa orang luar fikir dekat keluarga Ye?"

Ye Hong Wei memandang isterinya dan matanya dipenuhi dengan perasaan kecewa…

Adakah satu-satunya cucu lelaki keluarga Ye tidak boleh diselamatkan lagi…?

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS