"Ini…" Ye Mu Fan kelihatan seperti dia serba-salah. "Cikgu Tan, boleh tak kita selesaikan benda ni secara peribadi?"
Tan Zhen Xin mengejek, "Nampaknya awak nak lari dari masalah. Kalau macam tu, saya perlu minta Pengerusi Ye yang tegakkan keadilan untuk saya."
Pandangan Ye Hong Wei baru sahaja berubah kepada cucu lelakinya ini. Jadi apabila menyaksikan adegan ini, riak di wajahnya kelihatan rumit. "Mu Fan, apa salah fahamnya? Beritahu sahaja kami."
Dia sudah tentu berharap semua ini hanya salah faham. Jika ia bukan salah faham, tindakan Ye Mu Fan yang cuba mengelak daripada masalah ini pasti akan menghampakan hati tuanya…
Ye Mu Fan memandang dua orang tua itu dan merayu, "Atuk, Nenek, tolong percaya kepada saya dan biar kita selesaikan benda ni secara peribadi… lagipun… kita tak perlu buka aib kita kepada orang ramai. Buruk nanti kalau isu ni jadi lebih besar…"