Pada malam yang sama di pusat konvensyen dan pameran antarabangsa.
Para artis bersinar terang di lokasi majlis. Artis terkenal yang selalu dikelilingi oleh para peminat, cuba mengambil peluang untuk berada di sisi Ye Yi Yi ketika itu.
Ye Shao An ketika itu ialah pengerusi Syarikat Ye dan Ye Yi Yi satu-satunya anak perempuan kesayangannya. Sebagai bakal pewaris kepada hiburan Maharaja Langit dan seluruh Syarikat Ye, sudah tentu semua orang berebut-rebut mahu mengambil hatinya.
Tan Yi Lan yang sedang menyapa tetamu ketika itu, meminta diri dan berjalan menghampiri Ye Yi Yi. "Yi Yi, awak dah beritahu Mu Fan?"
Ye Yi Yi tersenyum manis. "Nenek, saya dah beritahu dia dan Mu Fan kata dia akan datang."
"En, bagus." Tan Yi Lan menangguk.