Mendengar kata-kata Xu Yi, Ye Wan Wan tidak mahu mendesak lebih jauh tapi merungut, "Nasib baik awak sampai tepat pada masanya. Jika tidak, saya sudah menjadi teman wanita orang lain. Ling Dong dengan saya bertaruh; jika dia dapat tahu semua ini satu penipuan dan teman lelaki saya tidak muncul, saya perlu bersetuju menjadi teman wanita dia…"
Baru sahaja perasaan dingin mahu menjalar keluar dari mata hitam lelaki itu, gadis itu terus menyambung dengan suara yang bangga dan teruja, "Memandangkan awak janji awak akan datang, saya tahu awak pasti akan muncul jadi saya setuju dengan syarat dia tanpa berfikir panjang! Tengok reaksi Ling Dong tadi, dia pasti mengaku kalah selepas ini. Lagipun, teman lelaki saya sangat tampan! Awak akan kalahkan dia di tempat kedua dalam pertandingan siapa paling tampan walaupun awak bertanding dengan hanya memakai guni!"