Ye Wan Wan : "Kalau awak tak boleh biasakan diri dengan tempat ni, awak kena beritahu Mama, okey?"
Nie Tang Xiao : "Okey."
Selepas itu, Ye Wan Wan tidak tahu apa lagi mahu dibualkan.
'Aku bukan mak yang bagus, kan?'
"Oh ya, Tang Tang. Saya sediakan buah untuk awak, ya!"
Ye Wan Wan terus bergegas ke dapur.
"Tuan, awak perlukan apa-apa ke? Saya sediakan untuk awak!" kata lelaki gemuk dengan hormat.
Ye Wan Wan : "Tak perlu, bagi saya sebiji epal je."
"Boleh, boleh." Lelaki gemuk itu terus memilih epal yang paling elok untuk Ye Wan Wan.
Ye Wan Wan mengambil epal itu bersama dengan sebilah pisau dan kembali ke meja makan.
"Tang Tang, Mama kopek epal untuk awak ya."
Ye Wan Wan kemudian mengopek epal itu dengan perlahan-lahan kepada bentuk arnab kecil, seperti yang dia nampak dalam internet. Dia kemudian menyusun semua potongan itu dengan cantik di atas pinggan porselin putih.