Perasaan licik kelihatan sekilas dalam mata Ye Wan Wan. "Samanlah kita. Saya risau dia tak nak saman je!"
Demi menunggu hari ini tiba, Ye Wan Wan telah bergantung sepenuhnya kepada ingatannya untuk menulis seluruh skrip itu dan terlebih dahulu mendaftarnya. Dia juga telah meminta Gong Xu dan Luo Chen menghabiskan banyak masa memahami skrip itu. Dalam masa yang sama, dia telah memantau rapi Gong Xu supaya terus berkelakuan baik…
Dia telah menghabiskan banyak masa dan tenaga mengorek lubang besar ini. Jika mereka tidak mahu terjun ke dalamnya, bukankah semua itu sia-sia sahaja?
"Huh? Awak harap Maharaja Langit saman kita? Apa maksud awak?"
Ye Mu Fan keliru sepenuhnya. Dia bimbang Ye Wan Wan tidak faham betapa seriusnya situasi ini dan terus menjelaskan, "Tang Zhen Xin, si tua licik tu dah daftarkan skrip ni bawah nama dia sebelum Xu Lin sempat buat pemilikan penuh.