Ye Wan Wan terlalu sibuk dengan budak kecil ini sehingga dia tiada masa untuk ambil kisah dengan lima orang itu. Dia hanya terdengar perbualan mereka yang mengatakan budak kecil ini seiras dengan dirinya.
Ye Wan Wan juga baru perasan perkara itu. Dia tidak perasan pada mulanya. Tetapi apabila mereka berkata begitu, budak kecil ini memang agak seiras dengan dirinya, bukan?
Namun begitu, Nie Tiada Nama pernah menyebut yang Ye Wan Wan agak seiras dengan adiknya. Jadi, masuk akal jika budak ini kelihatan seperti dirinya.
Ye Wan Wan menjeling geram kepada lima orang itu. Mereka berlima yang sedang rancak bergosip, terus berpecah seperti burung.
'Tuan pastinya tak ada masa nak risau tentang mereka.'
Dalam sekelip mata, hanya Ye Wan Wan dan Nie Tang Xiao sahaja yang tinggal di ruang tamu.
Ye Wan Wan membawa keluar setimbun makanan ringan dan segelas jus oren untuk budak kecil itu. Dia kemudian duduk di sofa bersama dengan budak itu.