Oleh itu, Ye Wan Wan membawa budak kecil itu pulang ke Rumah Mawar. Perasaan takut memenuhi seluruh dirinya sepanjang perjalanan balik itu.
Hanya satu perkara yang terlintas dalam fikirannya sepanjang masa itu : Bagaimana dia mahu menjaga anak ini?!
Dia tiada pengalaman langsung!
Apabila mereka tiba di pintu masuk, mata Ye Wan Wan terus bersinar sebaik sahaja ternampak dua pengawal peribadi budak kecil itu.
Oh ya, dua orang ini pastinya sudah lama berada di sisi Nie Tang Xiao. Mereka pasti sudah biasa dengan pemakanan, tabiat dan gaya hidup budak kecil ini.
"Kamu berdua…"
Sebelum sempat Ye Wan Wan bersuara, Nie Tang Xiao menoleh kepada dua pengawal peribadi itu dan berkata dengan suara kebudak-budakan, "Kamu berdua boleh pergi. Mama akan jaga saya."
Dua pengawal peribadi itu tidak teragak-agak langsung setelah mendengar arahan itu. "Baik!"
Mereka berdua terus beredar dengan sepantas kilat…
Ye Wan Wan menghulurkan tangannya…