'Ma-Mama?!'
Ye Wan Wan merasakan seperti dia telah dipanah petir sebanyak 9 kali.
Dalam masa yang sama, semua titik akhirnya mula bersambung dalam kepalanya…
Nama keluarga budak ini adalah Nie dan Ye Wan Wan merasakan budak ini seperti biasa dilihat semasa pertama kali melihatnya. Sekarang, budak ini tiba-tiba beritahu yang dia anak lelakinya…
'Aku mana ada anak lelaki!
'Jadi…
'Budak… ni… mungkin… anak buah Nie Tiada Nama!!!'
Semua benda dalam keadaan huru-hara kebelakangan ini. Ye Wan Wan memang ada terfikir tentang kemungkinan ini, tetapi dia tidak berfikir panjang mengenainya.
Dia hanya ternampak budak itu semasa panggilan video tempoh hari dan tidak melihat wajahnya dengan jelas. Lagi satu, pakaian budak ini sangat berbeza dengan budak yang dalam panggilan video itu. Dia berpakaian hitam penuh sebelum ini. Jadi, dia tidak cam langsung wajahnya!