Selepas menghayun pisaunya dengan tangkas dan memutuskan ikatan Ye Wan Wan, dua orang pengawal peribadi yang tampak ganas itu tiba-tiba berlutut dan berkata dengan penuh hormat, "Cik Kedua! Minta maaf kerana lambat datang untuk selamatkan awak!"
Ye Wan Wan. "..."
Tang Bin. "..."
Song Qiang. "..."
'Cik… Cik Kedua?'
Tang Bin dan Song Qiang memandang kepada dua manusia senjata yang sedang berlutut di hadapan Ye Wan Wan dengan sangat terkejut.
'TAK GUNA! APA!!!
'Dua manusia macam binatang ganas ni sebenarnya orang bawahan Tuan?
'Wow, wow, wow! Sejauh mana kekuatan sebenar Tuan, huh?'
Baru sebentar tadi, mereka menyangka penyokong mereka telah tumpas. Namun penyokong mereka telah berdiri semula dengan cepat. Ini terlalu hebat!