Si Ming Li dan Si Yi Qian tidak membuang masa lagi dan terus memutuskan panggilan video itu.
'LARI!
'KITA KENA LARI CEPAT!
'Kalau tak, kita mati!'
Mereka berdua tidak tahu mengapa keadaan akhirnya menjadi seperti ini. Mereka hanya mahu menangkap Ye Wan Wan, tetapi akhirnya mereka telah menangkap putera mahkota pulau tunggal keluarga Nie sekali.
'Itu putera mahkota keluarga Nie! Macam mana kita boleh tangkap dia?'
Beribu-ribu soalan sedang berlegar dalam kepala mereka berdua. Tetapi mereka tiada masa atau tenaga untuk berfikir lagi dan tidak menghiraukan langsung tentang Ye Wan Wan. Mereka perlu keluar cepat dari China dan meminta pelindungan daripada Encik Eric…
Semua samseng upahan telah berlari menyelamatkan diri, manakala Tang Long sendiri telah turun ke kurungan bawah tanah.